Sunday, 13 October 2013

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Tidur

As salam dan salam sejahtera kepada pembaca post kali ni..(jgn lupa jawab salam tu)..Perkara yang ingin dikongsi pada hari ini ialah perkara yang berkait dengan diri kita sendiri..maklumlah semua orang mesti tidur punyakan..sapa yang tak pernah tidur sila bgi nama kat comment yer(manusia jer)...ok berbalik kepada topik asal kita iaitu perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur.. 

#contoh tempat tidur


Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur


Antaranya:

1. Mengkhatam Al-Quran

    Maksudnya disini ialah membaca dan mengamalkan surah al-ikhlas sebanyak 3 kali..Ini kerana,jika surah ini dibaca sekali,maka ia menyamai membaca satu pertiga daripada al-Quran..Subhanallah,lihatlah betapa mudahnya untuk kita memperoleh pahala..dalam masa 1minit sahaja kita sudah boleh mengumpul pahala seperti telah khatam Quran..begitu sayangnya Allah kepada kita..



Dalam riwayat hadis ada menerangkan..
"Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah An-Naas, kemudian baginda menyapukan tangannya ke seluruh badan yang dapat disapunya dari kepala dan mukanya dan bahagian depan daripada tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)...

2.Memohon syafaat untuk diri sendiri
   Cara untuk memohon untuk syafaat diri sendiri ialah dengan mengamalkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. setiap kali sebelum tidur pada setiap malam.Syafaat baginda akan membantu seseorang ketika hari tiada siapa boleh bantu selain diri dan amalan masing2..




3.Laksanakan haji dan umrah
   Yang bermaksud memperbanyakkan tasbih (subhanallah),bertahmid (alhamdulillah),bertahlil (la ilaha illallah),bertakbir (allahu akbar) dan istighfar (astaghfirullah hal adzim).Jika melakukan semua ini seolah-olah telah melaksanakan ibadat haji dan umrah..wallahu'alam..Selain daripada itu,bacalah Bismillahirahmanirrahim sebanyak 21 kali.Sesudah itu,bacalah doa sebelum tidur.Sesiapa yang berwirid lalu tertidur kemudian bangun,Allah mengira waktu tidurnya sebagai waktu berzikir sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus-menerus manakala tidurnya bukan tidur biasa tetapi dalam keadaan berzikir.



4.Minta keredhaan para Muslim
   Maksud memohon keredhaan kepada kaum muslimin pula ialah dengan cara berdoa dan memohon agar Allah mengampunkan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat.Cara membaca doa tersebut ialah


Doa:
astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami ilmuslimina wal muslimat wal muminin wal mukminat alahya immin hum wal amwat.
Maksudnya:Ampuni aku ya Allah Yang Maha Besar,kedua ibu bapaku,semua muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati.




Do’a Sebelum Tidur:
"Bismikallahhumma ahyaa wa bismika amuut"    
Maksudnya:Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan dengan nama-Mu aku mati. (HR Bukhari dan Muslim)



Do’a Sesudah Bangun Tidur:
"Alhamdulillaahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin nusyuur."   Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami. Kepada-Nya-lah kami akan kembali (HR. Bukhari)

Ketika bangun tidur apa yang perlu dilakukan..Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang diantara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila ia berwuduk maka akan terbuka ikatan kedua. Apabila ia Solat , maka akan terlepaslah semua ikatannya. Ia akan merasa sesuatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak ia akan merasa malas dan kekusutan hati". (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Rasulullah s.a.w. juga selalu mengamalkan membaca Surah Sejadah dan Al-Mulk sebelum tidur kerana dengan mambaca surah itu akan menjadikan kubur sebagai tempat yang sejahtera dan terang benderang.Untuk mengelakkan gangguan syaitian dan jin ketika tidur,amalkanlah membaca ayat Kursi dan 4 Qul sebagai perlindungan.


Info tambahan
Cara rasulullah tidur
Menurut sebuah Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud:
"Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah bagaikan kamu hendak Solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti maksud doa yang tersebut diatas) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu sebelum tidur)."

Rasulullah juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki diatas kaki yang lain sebagaimana yang tersebut dalam maksud Hadis:
"Daripada Abbad bi Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di Masjid sambil meletakkan satu kaki diatas yang lain." (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Akhir sekali,amalkanlah mengikut kemampuan masing2..Saya juga hanya melakukan apa yang termampu oleh saya..Ini kerana setiap kita mempunyai kemampuan dan kecenderungan yang berbeza-beza.Sesungguhnya Allah tidak pernah bakhil dalam memberikan ganjaran kepada hamba-hambanya..Mengakhiri topik pada hari ini,segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya..Sekia..As salam..Selamat Beramal..









No comments:

Post a Comment