Friday, 24 May 2013

Cara Mudah Mencari Juzuk Al-Quran

As salam..harini saya ingin berkongsi tentang salah satu keajaiban Al-Quran yang berkaitan dengan juzuk..
Tip dan rahsia yang ingin dikongsikan kali ini adalah cara untuk mengetahui dan menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran..Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas,kita dapat menguasai muka surat setiap juzuk Al-Quran..Tahukah anda semua keajaiban angka 2? Dan tahukah anda bahawa setiap permulaan juzuk al-quran akan berakhir dengan angka 2 dibelakangnya.Mari kita sama-sama buktikannya....

Caranya ialah...

1. No. Juzuk yg hendak dicari tolak 1
2. Jawapannya didarab dgn 2.
3. Kemudian ditambah/diletakkan no 2 dibelakangnya.
Masih kurang faham??Mari kita lihat antara contohnya...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 4 di halaman atau muka surat ke berapa?

Caranya:4-1 = 3,
Maka 3 perlu didarab dengan 2;
Jadi 3 x 2 = 6
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darab tadi = 6.
Maka, Juzuk 4 adalah pada muka surat 62.

Buktinya..
juz 4
Senangkan?Jom kita try yg lain pulak..
Contoh 2

Jika anda tahu pertengahan Surah Yassin pada permulaan Juzuk 23 dan terlupa pula di muka surat ke berapa:

Cara mengetahuinya;

23-1 = 22,
Maka 22 perlu didarab dengan 2
Jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darab tadi = 44.
Maka, Juzuk 23 adalah pada halaman atau muka surat 442.
  
Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui permulaan Juzuk 30 yang mengandungi surah lazim di muka surat ke berapa:

30-1 = 29,
Maka 29 perlu didarab dengan 2
Jadi 29 x 2 = 58
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 58.
Maka, Juzuk 30 adalah pada halaman atau muka surat ke 582.
 
Setakat ini sahaja perkongsian tentang keajaiban Al-Quran yang ditinggalkan oleh Rasullullah kepada kita telah disusun dengan kemas oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk kita semua umatnya..
Subhanallah!Semoga anda semua dapat kongsikan info yang menakjubkan ini kepada para sahabat dan saudara-saudara yang lain agar sama-sama dapat memanfaatkan dan berpanjangan pahalanya.Insyaallah...As salam...


No comments:

Post a Comment