Saturday, 15 December 2012

Mutiara Kata dan Bahan Debat

Front Cover


As salam,hai kita berjumpa lagi.haha.Pada hari ni saya ingin berkongsi dengan anda sedikit Mutiara Kata yang dipetik dari buku 7000 Mutiara Kata karya Jeniri Amir.Jeniri Amir merupakan pensyarah di Fakulti Sains Sosial,Universiti Malaysia Sarawak.

Buku ini mengandungi ungkapan hebat,ringkas,mengandungi kebenaran umum yang indah,sedap dan sekaligus memberi makna yang sesuai untuk dihayati.7000 Mutiara Kata menghimpunkan ungkapan-ungkapan yang terhasil daripada ketinggian daya fikir para pemimpin,pemikir dan cendekiawan besar.Idea-idea mereka tahan diuji zaman hingga layak menjadi kata-kata hikmah.

Antara tokoh pilihan adalah Kung Fu Tsu,Shakespeare,Mahatma Gandhi,Aristotle,Benjamin Franklin,Nabi Muhammad s.a.w,Saidina Ali bin Abi Thalib dan ramai lagi tokoh terkenal.Sesuai dijadikan rujukan oleh pemimpin,pemidato,penulis,wartawan,penceramah dan pelajar.

Antara mutiara kata yang tedapat didalam buku ini ialah:

1.Apabila mahu berbuat baik,lakukanlah sekarang dan apabila mahu berbuat jahat,tunggulah sampai besok.
(Nabi Muhammad)

2.Sebagaimana kita menutup mata mereka yang meninggal dunia dengan perlahan-lahan,maka kita juga perlu membuka mata mereka yang hidup,secara perlahan-lahan.
(Jean Cocteau)

3.Sesiapa yang mempunyai selera untuk membaca buku-buku yang baik,nescaya dia sanggup menanggung kesepian di suatu tempat yang tenteram.
(Mahatma Gandhi)

4.Tidak ada yang lebih berbahaya daripada sebuah idea,apabila idea itu hanya satu-satunya idea yang kita miliki.
(Enrile Chartier)

5.Janganlah anda menjadi buih yang pecah apabila melanda pantai,tetapi jadilah angin yang sanggup melahirkan gelombang.
(Muhammad Iqbal)

6.Lebih baik mempunyai singa yang mengepalai pasukan biri-biri,daripada seekor biri-biri mengepalai pasukan singa.
(Daniel Defoe)

7.Kalau anda memberi sesuatu kepada sahabatmu,bererti memberi sesuatu kepada dirimu sendiri.
(Hamka)

8.Orang yang mempunyai kekuatan besar untuk menyakiti hati kita,adalah orang yang kita cintai.
(F.Beaumont)

9.Apabila anda mengakui kesalahan dan membersihkannya,itu membuktikan anda lebih bijaksana daripada sebelumnya.
(Arthur Guiterman)

10.Mencari wang adalah seperti menggali dengan jarum,tapi membelanjakannya seperti air yang meresap ke dalam pasir.
(Peribahasa Jepun)


Penat sungguh hamba menaipnya harap ia berguna untuk anda.Jika anda ingin sedikit info sila ke Mutiara kata Online untuk mendapat lebih Mutiara Kata.Jika anda mahukan lagi complete Belilah buku ni harganya cuma RM 28 bgi semenanjung dan RM 31 Bgi sabah dan sarawak.Sekian...

No comments:

Post a Comment